Friday, March 20, 2009

Penyediaan

Kemahiran Asas
Membantu dalam menyediakan bahan, radas dan peralatan sains yang melibatkan:
i. Kerja kaca.
ii. Kerja elektrik.
iii. Kerja kayu.
iv. Kerja logam

Penyediaan Larutan Piawai, Larutan Meja, Bahan Uji dan Penunjuk
Membantu dalam proses penyediaan larutan piawai, larutan meja, bahan uji dan penunjuk.
Membantu dalam penyimpanan larutan yang telah disediakan.

Penyediaan Slaid Modul, Tisu kultur, Hervarium Dan Vavirium
Membantu dalam penyediaan slaid modul dan tisu kultur untuk kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran P&P.
Menyimpan bahan-bahan selepas digunakan secara sistematik.
Melabel nama tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam hervarium dan vavirium.

Penyediaan Gas
Membantu dalam penyediaan gas yang diperlukan dalam proses P&P.

Penyediaan Larutan Pembersihan
Melakukan kerja-kerja pembersihan peralatan kaca dan sinki di dalam makmal.

Penyediaan Spesimen Untuk Pameran Dan Pembedahan
Membantu dalam penyediaan spesimen.
Membantu dalam kerja penawetan basah dan kering yang diperlukan dalam proses P&P.

Penyediaan Tikus Dan mamalia Kecil
Membantu dalam penyediaan bekalan tikus dan mamalia kecil untuk proses P&P.
Menjaga dan mengurus tikus dan mamalia kecil yang dibela atau dikumpul di dalam makmal.

Pengendalian Komputer, LCD Dan Perisian
Menyediakan dan memasang komputer, LCD dan perisian mengikut pesanan Guru.

Penggunaan, Pembersihan, Pengendalian, Penyimpanan, Penyelenggaraan Peralatan dan Radas Sains
Mempunyai pengetahuan tentang peralatan dan radas sains dalam makmal yang digunakan dalam P&P bagi matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan dan Sains dari aspek tatacara:
i. Penggunaan
ii. Pembersihan
iii. Pengendalian
iv. Penyimpanan
v. Penyelenggaraan
Menjalani latihan kemahiran "Hands-On".


[Muat turun Nota]

Pengurusan Makmal

1. Carta Organisasi
Membantu membuat carta organisasi Jabatan Sains Institusi dan mempamerkan
dalam makmal.

2. Tugas
2.1 Mengetahui peranan tugas Guru Kanan Sains, Ketua Panitia, Guru Sains,
Pembantu Makmal dan PAR makmal.

2.2 Melaksanakan tugas yang telah diagihkan:
(a) Tugas Harian
# Membuka pintu dan tingkap makmal sains pada awal pagi hari
persekolahan.
# Memastikan keadaan makmal sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
# Menyediakan peralatan dan bahan sains seperti yang dipesan oleh
guru dalam buku atau borang pesanan.
# Memastikan semua peralatan dan bahan sains boleh berfungsi
sebelum kerja amali dimulakan.
# Memelihara dan menjaga tunbuhan dan haiwan yang diperlukan
untuk kerja amali.
# Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan
peralatan dan bahan sains.
# Mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan
seperti kebakaran dan kecederaan.
# Membersih, menyimpan peralatan dan bahan sains setelah selesai
setiap sesi kerja amali.
# Membersih meja makmal, papan tulis, sinki dan menutup paip gas, air,
kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
# Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk
perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
# Mengawas dan membantu pelajar mendapatkan peralatan dan bahan
sains semasa amali.
# Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir
pada setiap hari:
- membersihkan makmal sains.
- menutup bekalan gas, air dan elektrik.
- menutup tingkap, mengunci bilik makmal sains.
- menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua.
# Mengambil tindakan sewajarnya dan melaporkan dengan segera
sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains dan
Guru Kanan Sains atau Pengetua.
# Menyelenggara Taman Sumber Sains.
# Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains.
# Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.

(b) Tugas Semasa Cuti Sekolah
# Membantu Guru Kanan Sains dan Guru Sains mengemas kini rekod
stok.
# Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya mengikut
pesanan Guru Sains.
# Menokok larutan kimia ke dalam botol reagen dan menukarkan label
pada botol reagen.
# Mengubahsuai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya
boleh digunakan dalam makmal sains.
# Membantu membaik pulih peralatan sains yang telah rosak.
# Mengecas akumulator.
# Menyelenggara mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model dan
sebagainya.
# Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.
# Membersihkan longkang dan sinki serta menceriakan makmal.
# Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya
disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
# Memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran
sentiasa lengkap dan berfungsi.
# Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah tamat tarikh
habis tempohnya kepada Guru Sains untuk tindakan seterusnya.
# Mengecat permukaan meja Makmal Sains dan peralatan sains jika
perlu.
# Menyemak dan mengemaskini stok Makmal Sains.
# Membantu Guru Kanan Sains dalam kerja hapus kira dan pelupusan.
# Membersih dan menceriakan bilik Makmal Sains.
# Menambahbaikan Taman Sumber Sains.
# Membaik pulih perabot dan peralatan sains.
# Menyusun semula peralatan dan bahan sains.

3. Penyelenggaraan
Melaksanakan tugas penyelenggaraan makmal seperti yang telah ditetapkan:
3.1 Pengudaraan.
3.2 Susun atur perabot.
3.3 Sistem saluran gas berpusat.
3.4 Sistem pendawaian elektrik.
3.5 Sinki, paip air longkang.
3.6 Penjagaan perabot makmal.
3.7 Peralatan dan bahan dalam makmal.

4. Pemeriksaan
Membantu membuat laporan pemeriksaan bilik makmal (Senarai Semak).

5. Pelabelan
Membantu membuat label-label peralatan, bahan dan lain-lain dengan
mempamerkan dalam makmal.

6. Penyimpanan
Membantu menyimpan bahan kimia, peralatan dan radas dengan betul.

7. Pentadbiran
Mematuhi peraturan berpakaian dan waktu bekerja.


[Muat turun nota]

Makmal Sains Juruteknik



Makmal Sains Juruteknik A dan B dibawah jagaan sepenuhnya oleh Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK). Makmal Sains Juruteknik ini digunakan khas kepada para pelajar Modul B1004 untuk menjalankan aktiviti amali dan ujikaji mereka.
Hanya 5 amali yang dijalankan dalam satu-satu semester. Kelima-lima amali itu pula akan dijalankan pada minggu-minggu tertentu sahaja dan mengikut kehendak dan keperluan para Pensyarah Sains Juruteknik. Kesemua amali yang dijalankan adalah amali yang berteraskan Kejuruteraan Fizik dan Elektrik.